There is a huge different between what we are doing and what we are capable of doing....WeLCoMe To KaIZeR's LiFe!

Thursday 5 May 2011

Sekadar renungan bersama...KiSaH PeMuDa DeNGaN OrAnG ALiM

Salam ukhwah...kali ney saya nak kongsi sebuah cerita yang cukup menarik. Mungkin ada yang dah dengar cerita ni. Tapi kalo dah tau tu anggap lah ini sekadar satu peringatan buat kita semua. Yang mana belum tau tu, moga dapat menghayati dan mengambil pengajaran dari cerita ini ye....




Seorang pemuda yang melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti terkenal pulang ke kampung halamannya. Dia berasa cukup bangga kerana dia berjaya memalukan semua pensyarah dan professor di universitinya dengan menanyakan 3 soalan yang x dapat dijawab oleh mereka. Dengan angkuh dan riak dia menceritakan kepada orang kampung. Lalu orang kampung menyuruhnya berjumpa dengan seorang alim yang tinggal di pinggir kampung.


PEMUDA : SIAPAKAH ANDA DAN BOLEHKAH ANDA MENJAWAB PERTANYAAN SAYA INI?

ORANG ALIM : SAYA HAMBA ALLAH DAN DENGAN IZIN-NYA SAYA AKAN MENJAWAB PERTANYAAN ANDA.

PEMUDA : ANDA YAKIN ? SEDANGKAN PROFESOR DAN RAMAI ORANG YANG PINTAR TIDAK MAMPU MENJAWAB PERTANYAAN SAYA.

ORANG ALIM : SAYA AKAN MENCUBA DENGAN KEMAMPUAN SAYA 

PEMUDA : SAYA ADA TIGA PERTANYAAN :-

1. KALAU MEMANG ALLAH ITU ADA, MENGAPA DIA TIDAK BOLEH DILIHAT ? 

2. APAKAH YANG DINAMAKAN TAKDIR ? 

3. KALAU SYAITAN DICIPTAKAN DARI API KENAPA DI MASUKKAN KE NERAKA YANG DIBUAT DARI API, TENTU TIDAK MENYAKITKAN BUAT SYAITAN SEBAB MEREKA MEMILIKI UNSUR YANG SAMA. APAKAH ALLAH TIDAK PERNAH BERFIKIR SEJAUH ITU ?

TIBA-TIBA ORANG ALIM TERSEBUT MENAMPAR PIPI PEMUDA TADI DENGAN SEKUAT2NYA.

PEMUDA (SAMBIL MENAHAN KESAKITAN) : AKU BERTANYA MAHUKAN JAWAPAN BUKANNYA TAMPARAN YANG MENYAKITKAN ? 

ORANG ALIM : SEBENARNYA SATU TAMPARANKU ITU ADALAH JAWAPAN KEPADA KETIGA-TIGA SOALANMU TADI.

PEMUDA : SAYA TIDAK FAHAM CUBA JELASKAN KEPADAKU

ORANG ALIM : BAGAIMANA RASANYA TAMPARANKU TADI ? 

PEMUDA : TENTU SAJA SAYA RASA SAKIT.

ORANG ALIM : JADI ANDA PERCAYA BAHAWA SAKIT ITU ADA?

PEMUDA : YA! 

ORANG ALIM : TUNJUKKAN DI MANA SAKIT ITU AGAR BOLEH SAYA LIHAT? 

PEMUDA : MANA BOLEH KERANA SAKIT ITU HANYA BOLEH DIRASAI TETAPI TIDAK BOLEH DISENTUH DAN DILIHAT! 

ORANG ALIM : ITULAH JAWAPAN SOALAN PERTAMA... KITA HANYA MAMPU MERASAI AKAN KEBESARANNYA, KEBIJAKSANAANNYA, KEHEBATANNYA DAN LAIN-LAIN LAGI, AKAN TETAPI ALLAH TIDAK BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR KITA! 

ORANG ALIM : ADAKAH ANDA PERNAH TERFIKIR ANDA AKAN MENERIMA TAMPARAN DARI SAYA HARI INI? 

PEMUDA : TIDAK. 

ORANG ALIM : ITULAH YANG DINAMAKAN TAKDIR.ALLAH MENAKDIRKAN HARI INI KAMU DATANG KE SINI. DAN ALLAH MENAKDIRKAN HARI INI JUGA AKU MENAMPAR KAMU.

ORANG ALIM : APAKAH ANGGOTAKU YANG MENAMPARMU TADI?

PEMUDA : TANGANMU. 



ORANG ALIM: DARI APAKAH TANGANKU DIJADIKAN DAN DARI APAKAH PIPIMU DIJADIKAN?


PEMUDA: DARI TANAH.
ORANG ALIM : SESUNGGUHNYA TANGANKU INI DIJADIKAN ALLAH DARIPADA TANAH DAN TANAH INI JUALAH DIA MENAMPAR MUKAMU YANG DIPERBUAT DARIPADA TANAH. BAGAIMANA RASA TAMPARANKU TADI?

PEMUDA : SAKIT.

ORANG ALIM : WALAUPUN SYAITAN DIJADIKAN DARI API DAN NERAKA JUGA TERBUAT DARI API, JIKA ALLAH MENGHENDAKI MAKA NERAKA AKAN MENJADI TEMPAT YANG MENYAKITKAN UNTUK SYAITAN. 



Begitulah al-kisahnya si pemuda dengan orang alim ney tadi..setelah dah makan penampo se das akhirnya insaflah pemuda tersebut. Harapnya kita mendapat manfaat dari kisah ni...



Tuesday 26 April 2011

BaHTeRa KeHiDuPaN: MaSiH JaUh aTaU DaH NaK BeRLaBuH???


Hidup ini ibarat satu pelayaran........
Kita x mungkin dpt merubah arah angin bertiup.....
Tapi janganlah kau berputus asa dan lupa.......
Kerana kita masih mampu menyusun layar........
Bagi menuju arah yg kita ingini.........


Assalamualaikum semua...=))  
itulah gambaran hidup kita di dunia ini....umpama seorg nakhoda yg gah mengemudi bahteranya sendiri...dalam menuju ke alam lain yg sudah lame menanti bagi memulakan kehidupan abadi...namun, hanya yang kuat dan penuh dgn ilmu di dada mampu menharungi...gelora di lautan dek ribut taufan yg sentiasa menbadai lautan ini...diselangi tsunami yang mampu menenggelamkan bahtera ini ke dasar samudera yang tak mengenal diri ini....sedang angin pula tak sentiasa bertiup seperti apa yang kita idami...kerana itulah kita sendiri yang harus cekap mengemudi...menyusun layar dengan cermat dan teliti...supaya kita takkan tewas dalam perjuangan ini....agar akhirnya kita mampu menjejakkan kaki ke destinasi yang ditujui...destinasi yang pasti dan hakiki...

"angin" merujuk kepada ketentuan Allah yang berada di luar kekuasaan kite untuk mengawalnya...hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa dalm menetukan arah tiupan angin...kerana itulah tak semestinya angin akan sentiase bertiup ke arah yg kita ingini...dalam kehidupan kita, arah tiupan angin ney adalah cabaran dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi...tetapi kita perlu sedar bahawa perjuangan ini belum selesai...sebab itulah kita perlu menyiapkan diri dengan ilmu agar kita mampu menyusun layar bahtera agar kita dapat sampai ke tempat yang ingin kita tuju pada akhirnya...




tetapi...sama ada sedar ataupun tidak...ramai antara kita yang cepat mengalah dan berputus asa tika keadaan tak menjadi seperti yang mereka ingini...golongan seperti ini biasenye sukar untuk bangkit semula membina kembali hidup mereka sendiri...akhirnya mereka hanyut mengikut arah angin yang bertiup tanpa mengetahui arah tuju dan matlamat yang pasti....lebih malang...ada pula yang terus tenggelam kerana dihempas badai yang tak mengenal erti belas kasihan....akhirnya golongan ini terus lemas dalam dunia yang dipenuhi hedonisme dan cabaran masa kini...

duhai sahabat...ingatlah...setiap hari kita makin hampir untuk merasai kematian...bawalah bekalan yang penting sahaja (iman, amal & taqwa) bersamamu di dalam bahtera...janganlah kau penuhi bahtera itu dengan bekalan yang tak berguna dan bermanfaat bagimu (dosa & maksiat) kerana kelak akan menyusahkan kamu...andai arah tiupan angin tak menyebelahimu...tuntulah ilmu pelayaran (ilmu agama) dengan secukupnya agar kamu bisa menyusun layar menuju arah yang kamu ingini (akhirat yang pasti...syurga yang menati)...moga kamu tidak karam di tangah lautan nanti (neraka & siksaan Allah)...


sesungguhnya....
Allah Ta'ala tuhanku...
Muhammad nabiku...
Islam agmaku....
Kitab suci Al-Quran ikutanku...
Baitullah itu kiblatku....
Malahan solat lima waktu, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atasku...
Semua orang Islam dan beriman adalah saudaraku...
Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap...
"La ila ha illallah Muhammadur rasulullah"


Friday 15 April 2011

MaSiHkaH aDa SiNaR ???


Masihkah ada sinar.... tika kegelapan menyelubungi masa depan kebanyakan remaja hari ini....
Masihkah ada sinar.... pabila maksiat dan zina menjadi sebahagian dari hidup berjuta pemimpin masa depan...
Masihkah ada sinar.... tatkala pembuangan bayi menjadi kemestian di dada2 akhbar setiap hari...
Masihkah ada sinar.... andai haiwan kadangkalanya lebih baik daripada manusia yang dikurniakan akal dan fikiran...

erm...sebelum korang semue terus membace contengan aq dalam post kali ney...pe kate kite usha video ney dulu...=))


Haaa...camne???boleh agak x ape yang sye nak share kali ney??? pe2 pon sori r kalo video 2 x clear sangat..video 2 bukan nye HD ye...huhu


Setiap ari ade je kes pembuangan bayi yg tersiar dalam berite...semua nye berpunca dari masalah couple yg akhirnya membawa kepada lembah hina penzinaan...kita2 yg dikurniakan akal dan masih menggunakan akal ney sering tertanye-tanye ke manakah hilangnye kasih sayang mereka ney??agaknye da hilang akal kowt.....






tengok je gambar2 di atas pastinye kita yg mempunyai akal ini merasa kesian dan sedeh melihat bayi2 yg x berdosa diperlakukan sebegitu rupa.....jika korg faham video kat atas 2 tadi pasti korg sedar betape benarnye firman Allah yg berbunyi...



"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." 
(Surah Al-A'raf:179)


seekor cheetah yg merupakan salah satu pemburu yg ganas dan hebat mampu menunjukkan kasih sayang kepada anak baboon yg baru lahir...betapa video itu pastinya menyentap pemikiran kite yg beranggapan cheetah itu haiwan yg ganas dan berbahaya...walaupun secara fitrahnya cheetah itu yg sedang kelaparan pasti akan membaham anak baboon itu, tetapi kerana sifat kasih sayang yg dicampakkan oleh Allah kepadanya menjadikan cheetah itu sebaliknye melindungi anak baboon itu tadi...Subhanallah...sungguh besar keagunganMu ya Allah...

bayangkan seekor cheetah yg tidak dikurniakan akal mampu menjaga anak baboon (walaupun akhirnye anak baboon itu mati kesejukan...)...tetapi di antara kita yg bergelar MANUSIA sanggup membunuh anak sndiri...tidakkah ada rasa belas kasihan dalam hati mereka???tidakkah mereka jelas sekali meletakkan taraf dan darjat mereka lebih rendah dari binatang???adakah anak kecil yg baru handak melihat dunia itu yg trpakse menerima derita akibat keterlanjuran mereka???dan adakah kita yg masih dikurniakan akal yg baik ini hanya mampu duduk diam tanpa berbuat ape2???adakah kita akan terus memerhati dan menuding jari kepada org laen tanpa ada kesedaran untuk merubah situasi ini???jawapannye ada pada korg sndiri...


Tuesday 12 April 2011

NERAKA....bukti kasih sayang Allah kepada hambaNya!!!


Salam uhkwah buat semua....hurm...lame jugak rase nye x update blog ney...huhu..bese r...ade halangan tertentu....haaa...first sekali rase nye mesti korg pelik kn bile tgk tajuk tu??? bagi yang sudah terbayang jawapannye alhamdulillah...bagi yang belom insyaAllah saya akan share sedikit ilmu atau pengetahuan yang saya ade...

Peganglah dia kemudian seretlah dia ke tengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya siksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia. Sesungguhnya ini adalah azab yang dahulu selalu kamu meragu-ragukan. (Surah ad-Dukhan: 47-50)

begitulah siksaan api neraka yang digambarkan dalam Al-Quran....( banyak lagi ayat2 lain yang menceritakan perihal neraka dan penghuninya...)...jika ada rasa gerun di hati pabila menghayati maksud ayat di atas maka ucaplah alhamdulillah tanda syukur kepada Allah kerana kita masih dukurniakan secebis iman...erm...jadi macam mana pulak neraka yang cukup menggerunkan ini menjadi bukti kasih sayang Allah....mungkin ada antara kita yang pernah menghadapi persoalan ini..." kalau betul Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...kanapa Dia jadikan neraka???kenapa tak masukkan je semua manusia ke syurga??? x perlu susah payah buat neraka...." (nau'dzubillahi min zalik)...

Saya ingin berkongsi jawapan yang paling mudah berdasarkan sebuah kisah...cerita ni dah lame saya bace jadi mungkin ada terkurang terlebih berbanding kisah asal...kepada yang pernah terbace anggaplah sebagai peringatan semula ye...kepada yang belom, jom kita hayati kisah ini...



Al-kisah...al-kisah maka tersebutlah kisah..


dalam sebuah operasi yang dijalankan oleh majlis agama Islam dan pihak berkuasa bagi membanteras maksiat dan zina.... seorang ustaz ney telah ditugaskan untuk memberi tazkirah or memberi kesedaran kepada mereka yang ditangkap berzina...jadi ustaz ni mule r berdialog dgn seorang perempuan yang ditangkap berzina dgn pasangannya...(ustaz ni dpt tugas kasi tazkirah kat org pompuan ye..) ...jadi bermulalah sesi tazkirahnye..


(lebih kurang macam ney r ye...)


Ustaz tu berkate, "kamu tau tak ape yang kamu buat ney berdosa dan amat dimurkai oleh Allah???zina merupakan perbuatan keji...tempat bagi pelaku zina adalah neraka...tidakkah kamu tau yang neraka Allah itu seburuk-buruk tempat kembali??apinye marak menyala...membakar seluruh tubuh...dikawal pula oleh para malaikat yang gagah perkasa..bla bla bla.."(ustaz tu menceritakan segale siksaan dalam nerake dgn harapan supaye pompuan tu takot dan bertaubat...)


tetibe pompuan tu tanye soalan kat atas tadi, " kalau betul Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...kanapa Dia jadikan neraka???kenapa tak masukkan je semua manusia ke syurga??? x perlu susah payah buat neraka....kalo Allah itu Maha Penyayang kenapa saya kena masuk neraka...Allah tu bukan Maha penyayang kalau Dia buat neraka.."

haa..tu dia...terkedu ustaz tu nak menjawabnye...dalam hati ustaz ney terus berdoa agar Allah mengurniakan ilham kepadanye tok menjawab persoalan pompuan tu...dengan izin Allah..ustaz ney pon dapat ilham..dia pon menjawab.........

"Jika Allah hanya menyediakan syurga dan tidak mencipta neraka...maka saya tak akan datang ke sini dgn jubah dan kopiah ni...saya takkan halang kamu dari berzina...malah sayalah yang akan membuka baju kamu satu persatu dan berzina dengan kamu...jika kamu enggan saya akan merogol kamu...jika kamu mengandung dan mahu saya bertanggungjawab ke atasnya sudah tentu saya akan bunuh kamu...dan begitu jugalah jika saya berjumpa dgn mana2 perempuan sekalipun...saya akan berzina dengan mereka semua dan tiada lagi gelaran ustaz yang selalu orang panggil saya..."

haaa...terkejut beruk pompuan tu bile dengar seorang ustaz boleh cakap macam tu...terlopong pompuan tu sampai tak tau nak cakap ape...ustaz ni bile tgk pompuan tu da tak tau nak cakap ape, die pon sambung..


"itulah akibatnye jika Allah tidak ciptakan neraka....saya rogol kamu kerana nanti kita akan tetap bertemu di syurga...nampak tak sekarang apa yang akan terjadi jika hanya ada syurga dan tiadanye neraka??itulah bukti betapa Allah amat syang akan hamba2 Nya...kerana sifat kasih sayangNya Dia sediakan neraka sebagai balasan kepada orang yang bersalah...jika tiada neraka maka orang yg dirogol dan perogol, orang yg dibunuh dan pembunuh, orang yg dicuri dan pencuri semuanya akan berjumpa di syurga...jika itu yang berlaku, adilkah Allah??adakah Allah bersikap kasih sayang terhadap hambaNya???sudah tentu tidak...."


perempuan tu pon akhirnye faham dan insaf...Alhamdulillah


Erm...ok tak cite tu???harapnye sume dapat mengambil pengajaran dari citer tu tadi...so lepas ney bile ade org tanye soalan camtu korg semua boleh jawab...






sebab itulah Allah jadikan NERAKA...bukan untuk bersikap zalim tetapi sebagai salah satu bukti kasih sayang Allah kepada hambaNya yang berfikir, beriman dan beramal..sekian

Wednesday 6 April 2011

AkU RiNdU aKaN DiA TaPi AkU JuGa RiNdU aKaN KaMu.......


Assalamualaikum semua...semoga kita akan sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya...haa..first2 skali ape yg korg sume fikir bile korg terbace tajuk kat atas tu??? agak2 nye r kan korang ney skrg tgh rindu kat sape??? erm..adakah korg tgh rindu kan kekasih pujaan hati?? atau rindukan ibu bapa yg menjaga dan membesarkan kite  sejak baby lagi?? mungkihkan hati kite ini sedang merindui sahabat yg terpaksa berjauhan dgn kite di saat ini?? or hati2 yg lembut ini menaggung rindu yg tak tertahan kepada Ilahi?? jawapannye tanyalah diri masing2...semua kerinduan itu fitrah semulajadi kite selaku hamba yg lemah lg hina...tapi awas..ade antare rindu itu mampu membawa kehancuran kepada kite yg sering leka dan alpa...


Rindu akan ibu bapa membawa pahala... rindu kepada sahabat penguat jalinan yg terbina... rindu akan pencipta insyaAllah membawa kita ke syurga... rindu kepada kekasihNya mengingatkan kita akan perintahNya... semoga semua rindu itu akan berbenih di hati kita... jika tidak hari ini, moga suatu hari nanti rindu itu akan kembang berbunga mekar di dalam taman hati kita... subur dibajai iman & taqwa... segar disirami keikhlasan yg disertai keredhaanNya...


Jom merindui yang pencipta rindu....


haa... ade orang yg ter 'konfius'... salahke aku rindu kat si die tu??? rindu je pon... bukannye berzina pon... x kan salah kowt???
hurm...susah jugak nak jawab ney... maklumlah ilmu tak cukop lagi kan...hahaha...


siapalah kite ney untok merindui makhluk ciptaanNya lebih dari kite merindui sang Pencipta itu sendiri...perbandingan nye cukop mudah & mungkin dah berkali-kali kite dgr... tapi kerana keegoan dan keangkuhan kite, semue itu kite tolak ke tepi... na'udzubillah... andai kate ade seseorang yg memberi kita sebuah hadiah yg cukup bernilai... tidak kah bodohnye kite jika kita lebih merindui hadiah itu lebih dari kita merindui orang yg memberi hadiah itu??? begitu jugalah dengan hakikat hidup kita... semuanya adalah hadiah dari Allah... orang yg kita cintai juga anugerah dari Allah...jadi wajarkah kite merinduinye lebih dari merindui Allah???



wahai sahabat... tatkala kamu terasa kekosongan dan berseorangan... tika kau terasa begitu tertekan dan dalam kekusutan... andai dirimu berdepan sejuta masalah dan seribu kesulitan... pastinya dirimu merindui ketenangan yg datang bertandang tika kau menikmati keindahan pemandangan matahari terbenam di tepi pantai... mungkin juga kamu berasa teringin untuk merehatkan pemikiran menikmati keindahan alam semulajadi yg hijau merimbun... malah mungkin kau juga merindui ketenangan memandang gunung-ganang yg menyimpan kisahnya yg tersendiri... tapi pernahkah kamu terfikir pabila kau merindui semua itu, siapakah yg sebenarnya kau rindui??? sedang kau tau di sebalik semua keindahan itu ada pencipta yg Maha Indah...maka tika itu siapakah yg kamu rindui sebenarnya??? katakanlah... sesungguhnya aku merindui Allah... pencipta sekalian makhluk... pentadbir sekalian alam...



Monday 4 April 2011

ReMaJa....MaSaNya KiaN HaMPiR!!!

Salam semua pembaca KaiZeR's LifE yg tercinta...erm...kali ney saya nak share cket tentang ReMaJa...haaa....orang cakap masa remaja nilah masa tok bersuka ria dan bergembira tanpa mengira waktu dan ketika...masa remaja nilah masa untuk kita mencuba segala macam perkara yg seiring dengan kemajuan dunia...masa remajalah masa yg paling best untuk cuba try test pelbagai mende baru yg tak pernah dapat dilakukan sebelum menginjak ke alam remaja...masa remajalah cinta dan sayang mula membuak-buak di dalam jiwa sehingga tak dapat dibendung lagi kehadirannya...itulah realiti remaja hari ini yang semakin tewas dihanyutkan tsunami hedonisme yg dicipta oleh pihak barat durjana...
Sultan Muhammad Al-Fateh.....mungkinkah masih ada remaja sepertinya?




Sedih...sedih...dan menyedihkan...bukankah remaja itu suatu proses kehidupan yg sudah pasti tak akan berulang kembali? ...bukankah remaja itu masa untuk kita menggali identiti diri supaya tak terumbang-ambing tika kita membuka gerbang alam dewasa nanti? ...bukankah inilah masa untuk kita mempersiapkan diri dengan perisau ilmu dan senjata kematangan bagi mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti? ...bukankah remaja itu generasi pewaris yang akan meneruskan perjuangan menegakkan syiar agama bagi mewarnai bumi? ...dan aku terus tertanya-tanya andai beginilah keadaan remaja hari ini...mana mungkin akan lahirnya generasi emas yg diimpikan bagi menyambung perjuangan ini... 




Remaja Palestin & remaja Malaysia....ibarat langit dan bumi


Masih adakah sinar harapan melihat lahirnya Sultan Muhammad Al-Fateh yang seterusnya??? ...akhlaknya pemangkin kegemilangan...keberaniannya tunjang kemenangan...kebijaksanaannya asas kemenangan...zuhudnya permulaan kejayaan... masih adakah remaja sehebat Usamah bin Zaid??? ...datang ke medan perang Uhud bersama sahabatnya untuk turut berjuang namun ditolak kerana masih terlalu muda... semangat jihadnya yang tinggi dihiasi benih2 iman yang sudah lama tersemai di dalam jiwa...akhirnya Usamah diangkat manjadi panglima tentera Islam memerangi tentera Rom ketika umurnya belumpun mencecah 20 tahun... hebatnya remaja bernama Usamah mengetuai barisan tentera yang turut disertai Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Sa'ad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah Bin Jarrah dan lain2 singa Islam yg lebih dewasa....  




Duhai REMAJA...masamu kian hampir...untuk menyambung perjuangan ini...mewarisi pucuk kepemimpinan sebuah negara..menyahut seruan jihad dalam agama...manjadi pemimpin yang gentar hatinya akan syariat Allah...lembut bicara dan tingkah lakunya menyembunyikan ketegasan menetang kedurjanaan...tegas tapi berhemah... ayuh... persiapkankan dirimu dgn pagar ilmu... perkukuhkanjati dirimu dgn didikan agama... moga perjuangan ini mendapat redhaNya...wassalam


Mari perkasakan generasi imam muda......

SaHaBaT....NaMAmU SenTiaSa MeKaR Di KaMaR HaTiKu...

Sahabat sejati tidak ternilai harganya....

SaHaBaT...tak dapat aku bayangkan hidup ini andai tiada insan bergelar sahabat... mustahil aku dapat menikmati erti sebenar hidup di dunia fatamorgana ini jika tanpa seseorang yg dipanggil rakan... mana mungkin semua pengalaman pahit manis yg selama ini ku kumpul mampu dikecap tika tiada seorang pun di sisiku untuk dikenali sebagai kawan... kita mungkin boleh hidup seorang diri... tp pastinya hidup itu penuh dgn rasa sunyi... tentunya hidup itu tak lebih dari sekadar omongan mimpi... malah hidup itu kan pasti kosong dan tak bererti... sedangkan seorang sahabat itu mampu menjadikan hidup kita penuh dgn warna-warni... seorang kawan itu mampu membawa kita ke alam realiti setelah penat dibuai mimpi... seorang rakan itu pasti ada di sana membantu kita untuk berdiri sekali lagi setelah kita jatuh tersungkur berkali-kali dek langkah tempang diri sendiri...

Sahabat seperjuangan yg x mugkin ku lupakan....ITTIFAK 0V0IX!!!

 erm...post kali ney aku tujukan khas wat sahabat yg sentiasa mewarnai hidupku...mungkin ade antare kita yg dah lame x berjumpa...ntah2 kalo jumpe pon dah x knal dah..haha...tapi pe2 pon... aku x pernah lupekan setiap seorang dari korang sume yg pernah hadir sebagai kawan dalam diari hatiku...
Sireh Pulang ke Gagang 2011...bersame IN-TEAM
...memori indah kita bersama tak mungkin akan ku lupakan... kaulah sahabat.. yg menjadi sumber inspirasi hidupku... dikau lah teman... yg terus melangkah menemaniku di medan gelora hidup ini... tanpa dirimu wahai kawan.. mungkin aku hari ini bukan seperti aku yg kau kenal hari ini... jika tiada dirimu di sisku rakanku... mungkin aku tak mampu bangkit dari ujian yg menimpa diriku... biarpun jauh beribu batu... namun persahabatan kita kekal terpahat di hatiku....


I LOVE MY FRIENDS

 "....Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan, kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya, tetapi semua manusia itu buruk kalau kamu tidak dapat melihat kedua-duanya.."

At Taman Negara Pahang....
haha...yg 2 firdaus hisham a.k.a buaye islamic

"Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi & dicari...Dialah umpama ladang di hatimu, yang kau taburi dengan kasih sayang dan kau suburi dengan penuh rasa terima kasih... Dan dia pulalah yang melindungi & memapahmu menghadapi liku2 hidup di dunia.....Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian”
                                                                                                                                                                              

frenz aq since tadika...haha

Kepada semua insan yang bergelar sahabatku... aku dengan tulus & ikhlas nak mohan maaf andai ade salah dan khilafku sepanjang kita berkenalan....thanx for always be with me n i love each one of you for being my superb frenz!!!!

Ya Allah…Tuhan pentadbir sekelian alam...
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku insan
insan2 bernama sahabat...Ampunilah daku dan sahabat2 ku dan 
masukkan lah kami ke dalam syurgaMu yang penuh nikmat ya 
Allah...

            Ya Allah…
            Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah
            Engkau ampunkan...Dan tiada suatu aibnya melainkan telah 
            Engkau tutupinya...Tiada satu dukanya melainkan Engkau
            hilangkan darinya...Tiada suatu pun hutangnya melainkan 
            Engkau bayarkannya...Tiada suatu pun kesakitan melainkan
            Engkau sembuhkannya...Tiada suatu pun hajatnya di dunia dan
            akhirat melainkan Engkau tunaikan segalanya...

            Ya Allah....
            Engkau permudahkanlah sebgala urusan kebaikan baginya dan
            janganlah Engkau biarkan mereka berada dalam kemurkaanMu
           
           Ya Allah...
           Engkau perkenankanlah permintaan dari hambaMu yang lemah
            lagi hina ini...Amin ya Rabbal 'Alamin...