There is a huge different between what we are doing and what we are capable of doing....WeLCoMe To KaIZeR's LiFe!

Monday 4 April 2011

ReMaJa....MaSaNya KiaN HaMPiR!!!

Salam semua pembaca KaiZeR's LifE yg tercinta...erm...kali ney saya nak share cket tentang ReMaJa...haaa....orang cakap masa remaja nilah masa tok bersuka ria dan bergembira tanpa mengira waktu dan ketika...masa remaja nilah masa untuk kita mencuba segala macam perkara yg seiring dengan kemajuan dunia...masa remajalah masa yg paling best untuk cuba try test pelbagai mende baru yg tak pernah dapat dilakukan sebelum menginjak ke alam remaja...masa remajalah cinta dan sayang mula membuak-buak di dalam jiwa sehingga tak dapat dibendung lagi kehadirannya...itulah realiti remaja hari ini yang semakin tewas dihanyutkan tsunami hedonisme yg dicipta oleh pihak barat durjana...
Sultan Muhammad Al-Fateh.....mungkinkah masih ada remaja sepertinya?




Sedih...sedih...dan menyedihkan...bukankah remaja itu suatu proses kehidupan yg sudah pasti tak akan berulang kembali? ...bukankah remaja itu masa untuk kita menggali identiti diri supaya tak terumbang-ambing tika kita membuka gerbang alam dewasa nanti? ...bukankah inilah masa untuk kita mempersiapkan diri dengan perisau ilmu dan senjata kematangan bagi mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti? ...bukankah remaja itu generasi pewaris yang akan meneruskan perjuangan menegakkan syiar agama bagi mewarnai bumi? ...dan aku terus tertanya-tanya andai beginilah keadaan remaja hari ini...mana mungkin akan lahirnya generasi emas yg diimpikan bagi menyambung perjuangan ini... 




Remaja Palestin & remaja Malaysia....ibarat langit dan bumi


Masih adakah sinar harapan melihat lahirnya Sultan Muhammad Al-Fateh yang seterusnya??? ...akhlaknya pemangkin kegemilangan...keberaniannya tunjang kemenangan...kebijaksanaannya asas kemenangan...zuhudnya permulaan kejayaan... masih adakah remaja sehebat Usamah bin Zaid??? ...datang ke medan perang Uhud bersama sahabatnya untuk turut berjuang namun ditolak kerana masih terlalu muda... semangat jihadnya yang tinggi dihiasi benih2 iman yang sudah lama tersemai di dalam jiwa...akhirnya Usamah diangkat manjadi panglima tentera Islam memerangi tentera Rom ketika umurnya belumpun mencecah 20 tahun... hebatnya remaja bernama Usamah mengetuai barisan tentera yang turut disertai Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Sa'ad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah Bin Jarrah dan lain2 singa Islam yg lebih dewasa....  




Duhai REMAJA...masamu kian hampir...untuk menyambung perjuangan ini...mewarisi pucuk kepemimpinan sebuah negara..menyahut seruan jihad dalam agama...manjadi pemimpin yang gentar hatinya akan syariat Allah...lembut bicara dan tingkah lakunya menyembunyikan ketegasan menetang kedurjanaan...tegas tapi berhemah... ayuh... persiapkankan dirimu dgn pagar ilmu... perkukuhkanjati dirimu dgn didikan agama... moga perjuangan ini mendapat redhaNya...wassalam


Mari perkasakan generasi imam muda......

No comments:

Post a Comment