There is a huge different between what we are doing and what we are capable of doing....WeLCoMe To KaIZeR's LiFe!

Tuesday 26 April 2011

BaHTeRa KeHiDuPaN: MaSiH JaUh aTaU DaH NaK BeRLaBuH???


Hidup ini ibarat satu pelayaran........
Kita x mungkin dpt merubah arah angin bertiup.....
Tapi janganlah kau berputus asa dan lupa.......
Kerana kita masih mampu menyusun layar........
Bagi menuju arah yg kita ingini.........


Assalamualaikum semua...=))  
itulah gambaran hidup kita di dunia ini....umpama seorg nakhoda yg gah mengemudi bahteranya sendiri...dalam menuju ke alam lain yg sudah lame menanti bagi memulakan kehidupan abadi...namun, hanya yang kuat dan penuh dgn ilmu di dada mampu menharungi...gelora di lautan dek ribut taufan yg sentiasa menbadai lautan ini...diselangi tsunami yang mampu menenggelamkan bahtera ini ke dasar samudera yang tak mengenal diri ini....sedang angin pula tak sentiasa bertiup seperti apa yang kita idami...kerana itulah kita sendiri yang harus cekap mengemudi...menyusun layar dengan cermat dan teliti...supaya kita takkan tewas dalam perjuangan ini....agar akhirnya kita mampu menjejakkan kaki ke destinasi yang ditujui...destinasi yang pasti dan hakiki...

"angin" merujuk kepada ketentuan Allah yang berada di luar kekuasaan kite untuk mengawalnya...hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa dalm menetukan arah tiupan angin...kerana itulah tak semestinya angin akan sentiase bertiup ke arah yg kita ingini...dalam kehidupan kita, arah tiupan angin ney adalah cabaran dan dugaan yang terpaksa kita tempuhi...tetapi kita perlu sedar bahawa perjuangan ini belum selesai...sebab itulah kita perlu menyiapkan diri dengan ilmu agar kita mampu menyusun layar bahtera agar kita dapat sampai ke tempat yang ingin kita tuju pada akhirnya...




tetapi...sama ada sedar ataupun tidak...ramai antara kita yang cepat mengalah dan berputus asa tika keadaan tak menjadi seperti yang mereka ingini...golongan seperti ini biasenye sukar untuk bangkit semula membina kembali hidup mereka sendiri...akhirnya mereka hanyut mengikut arah angin yang bertiup tanpa mengetahui arah tuju dan matlamat yang pasti....lebih malang...ada pula yang terus tenggelam kerana dihempas badai yang tak mengenal erti belas kasihan....akhirnya golongan ini terus lemas dalam dunia yang dipenuhi hedonisme dan cabaran masa kini...

duhai sahabat...ingatlah...setiap hari kita makin hampir untuk merasai kematian...bawalah bekalan yang penting sahaja (iman, amal & taqwa) bersamamu di dalam bahtera...janganlah kau penuhi bahtera itu dengan bekalan yang tak berguna dan bermanfaat bagimu (dosa & maksiat) kerana kelak akan menyusahkan kamu...andai arah tiupan angin tak menyebelahimu...tuntulah ilmu pelayaran (ilmu agama) dengan secukupnya agar kamu bisa menyusun layar menuju arah yang kamu ingini (akhirat yang pasti...syurga yang menati)...moga kamu tidak karam di tangah lautan nanti (neraka & siksaan Allah)...


sesungguhnya....
Allah Ta'ala tuhanku...
Muhammad nabiku...
Islam agmaku....
Kitab suci Al-Quran ikutanku...
Baitullah itu kiblatku....
Malahan solat lima waktu, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atasku...
Semua orang Islam dan beriman adalah saudaraku...
Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap...
"La ila ha illallah Muhammadur rasulullah"


No comments:

Post a Comment